Makluman kepada semua ibu bapa dan pelajar

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN PELAJAR SMK TUNKU PUTERA

Kepada semua ibu bapa/penjaga dan pelajar SMK TUNKU PUTERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada 10 Jun yang lalu, sekolah akan dibuka semula hanya kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas sahaja bermula hari Rabu 24 Jun 2020 ini.

Sehubungan itu mohon kerjasama ibu bapa/penjaga agar memahami maklumat berikut:

1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal Covid-19 sebelum hadir ke sekolah.

2. Kerjasama ibu bapa/penjaga juga amat diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan Covid-19 dengan melaksanakan tindakan berikut:

a. memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan;

b. menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan(bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling;

c. menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan;

d. digalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan;

e. disarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin;

f. memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah;

g. menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain ;

h. menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.

3. Ibu bapa/penjaga juga digalakkan membantu pihak sekolah mengawal pergerakan murid semasa datang dan balik.

4. Suhu badan murid akan diambil pada setiap hari di pintu masuk utama sekolah. Murid yang mempunyai suhu badan 37.5 ke atas tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Sehubungan itu ibu bapa/penjaga diminta bersedia mengambil anak tuan puan jika dihubungi oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.
“Bersama kita putuskan rantaian Covid-19”

PK PENTADBIRAN
SMK TUNKU PUTERA