DARI JPN KEDAH

18 September 2019

  • Prosedur Operasi Standart(SOP) Penggunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Permohonan Masuk Ke Pusat Kokurikulum Negeri Kedah Tahun 2020 Bagi Aktiviti Perkhemahan Dan Pendidikan Luar Dibuka Pada 1 September Hingga 31 Oktober 2019
    Permohonan Masuk Ke Pusat Kokurikulum Negeri Kedah Tahun 2020 Bagi Aktiviti Perkhemahan Dan Pendidikan Luar Dibuka Pada 1 September Hingga 31 Oktober 2019
    Permohonan Hendaklah Dikemukakan Melalui Emel Pusat Kokurikulum Negeri Kedah
    pusat_ko.jpnk@moe.gov.my Kepada Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
     
    *Mohon Nyatakan Maklumat Berikut di Surat Permohonan :-
    1. Nama Program
    2. Tarikh Program
    3. Bilangan Peserta dan Guru Pengiring
  • Pelawaan Kemudahan Biasiswa Lee Kuan Yew School Of Public Policy

    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore menawarkan kemudahan Biasiswa Lee Kuan Yew School of Public Policy  kepadapegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi pengajian secara sepenuh masa di peringkat:

    1. Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam bidang Public Policy;
    2. Sarjana di bawah program Master in International Affair, Master in Public Policy atau Master in Public Administration.

    Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA dihttp://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat edaran JPA bertarikh 27 Ogos 2019 seperti di lampiran untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut. 

    Permohonan kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan, memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh JPA.  Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.

    Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 

    1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B - disediakan oleh BPSM, KPM);
    2. Borang JPA(L)LDP 1B/96 [Pin. 2010] (diisi oleh pemohon);
    3. Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);
    4. Salinan Ijazah pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip dalam Bahasa Inggeris yang telah disahkan);
    5. Salinan Pasport;
    6. Salinan Kad Pengenalan;
    7. Curriculum vitae (dalam bahasa inggeris);
    8. Statement of Purpose (dalam bahasa inggeris dan tidak melebihi 500 patah perkataan) - Penyataan daripada pihak tuan/puan berhubung alasan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana serta ekspektasi tuan/puan daripada penajaan ini dalam pembangunan kerjaya; dan
    9. Salinan TOEFL/IELTS/GRE/GMAT/LSAT (sekiranya ada).

     

    Muat Turun Borang Permohonan:

    Borang Permohonan

187706
Today
This Week
This Month
All days
75
672
2321
187706

Your IP: 18.206.16.123
18-09-2019
Kami di Facebook

Selamat Kembali ke Sekolah

back

 

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2018

 

Legetøj og BørnetøjTurtle