Copyright 2008 © mtasir@psdppk.net
Unit Pusat Sumber dan Reka Bentuk

 
Kata Pengantar

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera ,

Pelaksanaan kurikulum sekolah memerlukan pemahaman yang mendalam oleh setiap pelaksana bagi memastikan kurikulum tersebut dilaksanakan dengan betul dan berkesan khususnya apabila diterjemahkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai usaha untuk membantu pelaksana kurikulum memahami dan berupaya melaksana kandungan kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan Guru dan Modul. Menyedari terdapat kesulitan bagi mendapatkan bahan-bahan tersebut, PPK telah mengambil usaha mentransformasikannya ke dalam bentuk CD-ROM. Usaha ini adalah bagi memudahkan pengguna men-

dapatkan sejumlah bahan sokongan kurikulum melalui satu media dan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia membudayakan penggunaan ICT.

Pengguna CD-ROM ini boleh mendapat maklumat yang diperlukan secara teks penuh, mudah askes dan dimuat turun. Ini merupakan satu kaedah inovatif dalam usaha penyebaran bahan sokongan kurikulum secara lebih menarik, mudah dan cepat kerana pengguna boleh memilih jenis bahan mengikut susunan atau turutan topik yang diperlukan.

PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Pusat Sumber dan Reka Bentuk PPK yang telah mengambil inisiatif menghasilkan CD-ROM ini. Semoga CD-ROM ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkaitan.


HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8884 9917